Thursday, December 25, 2008

harga sebuah ingatan





Banyak betul entry hari ni -_- Biarlah. Kalau tak tulis nanti lupa. lagipun dah simpan niat nak menulis perkara-perkara ni dah lama. Moga ada manafaatnya.

Dua gambar di atas adalah kiriman dari adikku yang sedang menuntut di Mesir. Kebetulan ada temannya yang pulang ke tanah air, dia kirimkan sebungkus halwa (manisan) Mesir untuk kami sekeluarga (katanya sempena 100 hari bermastautin di bumi Mesir) dan aku (satu-satunya sibling) yang dapat kiriman. Sebelum ni adik-adik lelaki (kecuali Naufal) dah dapat jersey sorang satu. Mak dan ayah pulak Bilal kirimkan cheese.

Kali ni, aku menerima sekeping CD Adobe Photoshop dan Saladin. Terharu juga. Ternyata besar makna sebuah ingatan. Yang pentingkan bukan harga hadiahnya, tetapi ingatan si pemberi kepada si penerima. Sangat berbekas di hati. Method dakwah yang sangat penting - hanya sebuah INGATAN!.

Oleh itu, jangan suka memandang remeh sekecil-kecil perkara seperti ini kerana seringkali ia memberi impak yang sangat besar kepada mad'u. Terkadang, hanya kerana melupakan sesuatu perkara yang dianggap kecil, boleh menjarakkan hubungan seseorang dengan kita. Dan begitu juga sebaliknya. Mengingati seperkara kecil yang mungkin seseorang tak expect pun kita akan ingat - boleh memberi implikasi yang sangat BESAR!

0 comments: