
Ini adalah gambar adikku Bilal pada tahun 1989 mungkin (aku agak-agak je sebab time ni dia masih hisap puting, so most probably umur dia dalam setahun lebih). Sekarang adik aku ni dah besar panjang dah. Umur pun dah menjangkau angka 20 tahun. Terasa cepat masa berlalu.
Masa kecil-kecil dulu, adik aku yang sorang ni ya rabbi~ nakal teramat. Kami memang selalu gaduh dan tambah sakit hati sebab mulutnya memang lancar je keluarkan kata-kata mengutuk aku kakaknya ni -_- Bila aku cubit dia, dia tarik rambut aku. Aku tumbuk dia, dia sepak aku balik. Argh~! Memang geram sangat sebab dia tak takut langsung kat aku.
Teringat, pernah sekali aku cakap, "Bilal ni bila besar tak tahu la nak jadi apa! Jahat sangat!". Huhu~ -_- Tapi time aku cakap tu, kitorang sama-sama kecik la. So, peduli apa kan? hehe
Adik aku yang sorang ni boleh aku katakan yang terpandai (mungkin) dalam family. Setakat ni, keputusan peperiksaan besar dia tak ada cacat celanya lagi. Dari UPSR 5A, UPSRI 9A, SPRA tak ingat, PMR 9A, SPM 12A1, STAM full Mumtaz. Mak ayah jangan disebutlah bangganya. Time ayah jumpa gambar lama ni pun, ayah sebut "Look at Bilal. Walaupun tengah hisap puting pun muka nampak confident!" hehe.
Dia memang sangat tetap pendirian dan yakin diri. Contoh yang paling nyata ialah pada hari pernikahan aku. Boleh tak, time semua orang pakai jubah dan satu sut baju melayu, tiba2 dia jadi tukang baca doa pakai satu sut kemeja lengkap dengan kot dan tali leher sekali. Kata husband aku, "Abang ingat, abang yang salah konsep" hehe.
Kenakalan Bilal hilang 100% bila dia start hafaz Quran umur 13 tahun (dikhatamkan selama setahun setengah). Aku ingat, first time dia balik rumah dari asrama, perkara pertama dia buat (tak salin uniform sekolah lagi ni) ialah kemas bilik dia. Tegangkan cadar katil siap! Huhu~ time tu aku memang merasakan perubahan total adik aku ni. Dia dah mula matang.
Bila Bilal dapat 12A1 dalam SPM, mak mula mohonkan medic Jordan untuk Bilal tapi dia tak nak. Dia gi ambil STAM dan sekarang dengan keputusan STAM tu dia dapat tajaan Pusat Zakat Selangor untuk lanjutkan pengajian ke Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah. Qisim apa, aku pun tak pasti :p Lebih 3 bulan di Mesir, nampak kerindunnya pada kami sekeluarga. Maklumlah tak pernah terpisah jauh sebelum ni.
Teringat time aku nak kahwin dulu, sebaik sahaja dia dapat tahu (sebab memang mengejut jugak sampai ada je adik2 aku yang tak percaya) dia terus mesej. Malam sebelum menikah esoknya, dia mesej lagi (padahal bilik dia kat atas, bilik aku kat bawah je) hantar doa dan kata-kata sokongan supaya aku yakin dengan jalan yang aku pilih. Bergenang juga air mata time tu.
Entah kenapa aku menulis entry ni. Mungkin aku jugak rindukan dia (ye ke? tak macholah :p) ataupun aku nak bagi suprise kat dia ngan masukkan gambar dia time kecik yang mungkin dia pun tak pernah tengok. Entahlah, aku pun tak pasti. Cuma yang aku pasti, dari jauh, aku titipkan doa moga dia selalu dalam lindungan Allah SWT dan berjaya mendapatkan apa yang dihajatinya selama ni. Ameen..
3 comments:
Satu penulisan biografi yang mengajak kita bersyukur atas limpahan nikmat-Nya,
Satu penulisan biografi yang mengubat kerinduan di hati tatkala berjauhan laksana siraman rintik hujan ke atas gersang dan tandus tanah,
Satu penulisan biografi yang mengajak kita merenung baki perjalanan yang tinggal, lantas mengenangkan kita kepada kelemahan-kelemahan yang tak terkira,
Syukran Jazilan.
Atas ingatan, doa, kasih sayang dan segalanya... Sepuluh jari disusun memohon maaf atas segala khilaf. T_T
tu lar, adik2 ni kalau wkatu kecik2 geram je rasa tp kalau dah besar mrk lah kawan yg boleh di percayai tempat berbagi rasa :)
cerita tentang kasih sayang yg hangat :)
satupenulisan biografi yg sgt menjeleskan dan.. menambahkan semangat!
satu hari nanti akan ku buktikan!
Post a Comment