=.= Makin banyak blog yang mula tulis entry pasal azam dan tahun baru. Ohoh, aku? Setiap tahun bagi aku sama je. Tak ada istimewanya. Tak pernah la pulak semangat-semangat buat azam setiap kali masuk tahun baru. Hehe ^_^ mungkin sebab aku ni sangat kritis orangnya. Suka membantah dan nak cuba fikir dari perspektif yang lain. Dalam kepala aku sekarang, kenapa tahun baru yang jadi titik tolak? Maksud aku, apa istimewanya tahun baru sehingga ia menjadi sesuatu yang identik (bak kata mumu) dengan azam?
Oleh kerana aku ini orang yang memang selalu (selang beberapa bulan akan di'review' dan diperbaharui/diperkemaskan) menulis aim/azam dan ditampal di sudut-sudut terbuka di dalam bilik atau di dalam organizer, makanya aku taklah begitu terkesan membuat azam di tahun baru. Pun begitu, tidaklah aku memperlekehkan mereka2 yang mula menanam azam pada tahun 1430H ni. Siapa tahukan, moga cita-cita bakal tercapai ^_^ Lagipun, aku yang selalu review azam ni pun taklah semuanya terlaksana.
Tapi, bila ramai orang tulis azam ni, aku tiba-tiba rasa macam best la pulak. Haha. "Oh, mumu! Aku sangat terkesan dengan entry azam kamu yang sangat cute dengan icon2 yang bergerak2 tu!". Tak boleh jadi ni. nak tulis jugaaak!! ^0^Y
So, here the azam goes..
AZAM SEBAGAI HAMBA ALLAH
Nak cuba istiqamahkan solat sunat.
Nak masyikan at least 3 juzuk dalam tahun ni (banyak kali dah ni cuba -_-).
Nak bangun Subuh awal T-T (tolonglah ya Allah. berikan aku kekuatan)
AZAM SEBAGAI ISTERI
Nak belajar grooming (sila rujuk entry bawah ni)
Nak mantopkan masakan ^_~
Nak jadi isteri yang lebih baik - lebih memahami abang dan sangat taat.
AZAM SEBAGAI IBU
Nak rajin2 buat stimulation kat baby supaya brain baby develope ngan baik dalam bab hafazan Quran dan bahasa.
Nak susukan baby ngan susu badan SAHAJA. (Moga Allah permudahkan keinginan ni. sangat-sangat ingin begini)
AZAM SEBAGAI PELAJAR
Nak strive for A cgpa (3.67 - 4.00) for this brand new sem and course (Moga Allah izin dan bantu)
Nak jadi best student yang semua cikgu sayang (walaupun mungkin akan jadi yang paling tua dalam kelas, siap ada baby lagi :p)
Doakanlah aku..
Sunday, December 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
nak azam bangun subuh awal juga. huuuu :(
Post a Comment