Wednesday, January 7, 2009

entry terakhir T-T

Setelah berfikir-fikir nak menyelesaikan masalah si gadget yang degil ni, akhirnya aku membuat keputusan untuk buka blog baru hehe. Keputusan yang agak gila mungkin. tapi sekurang-kurangnya mengurangkan keserabutan setiap kali menjenguk blog ni.

Tambahan pula, entry terakhir ini adalah entry yang ke 102. Aku kira, kalau dibukukan semuanya, pasti sudah tebal hehe. Jadi tidak salah rasanya membuka blog baru sebagai sambungan selain mengurangkan kebosanan pengunjung melihat layout yang sama setiap kali (padahal layout di blog baru pun sama hehe~ cuma theme colournya berubah lebih feminin).

Apapun, terima kasih kepada semua yang prihatin, yang rajin melawat, yang selalu memberi semangat. Anda setiap satunya sangat aku hargai. Melihat kepada bilangan pengunjung yang mencecah 13,000 ++, sungguh aku merasa sayang untuk berpindah ke blog baru. Semoga anda semua terus memberi sokongan dan masih sudi melawat ke blog baru di http://dhuhasakeenah2.blogspot.com/ .

Anggaplah ia sebagai chapter baru dalam perjalanan panjang ini. Insya Allah, blog kedua ini akan merakam kehidupan baru aku sebagai ibu, kehadiran si kecil Ilham (hehe~ kan dah kata namanya akan berubah! insya Allah namanya Tuan Ilham. abi dan ummi dah tetap) dan permulaan semula aku sebagai pelajar. Kalau anda tertanya-tanya, bagaimana agaknya aku mengharungi kehidupan sebagai ibu yang berjauhan dari suami, dihambat pula tugasan di universiti, pastikan anda tidak ketinggalan mengikutinya ~_^.

p/s : kepada sesiapa yang berminat me'link'kan blog dhuhasakeenah dan dhuhasakeenah 2 amatlah dialu-alukan. tidak perlu meminta izin. hanya doanya aku pohon. doakan kami sekeluarga sentiasa dalam lindungannya.

Tuesday, January 6, 2009

geramnya -_-

geram . geram . geram . kenapa ye semua gadget di blog ni berpindah ke bawah dan degil tak mo dok balik tempat asal dia macam dulu? (sebelah kanan entry). dah macam-macam cara diusahakan. tukar templete, buang semua gadget dan try masukkan semula. semua tak jalan.

uhuh~ TT siapa tahu nak buat macamana. bermasalah betul -_-. satu, tak cantik. dua, setiap kali nak baca komen di cbox terpaksa turun sampai bawah sekali. memang tak best. tolonglah, sesiapa yang pandai bab2 ni..

27 weeks pregnant


Your baby now weighs nearly 2 pounds/ 875 grams and measures 14.5 inches/ 36.6 centimetres from head to toe. His eyes open and close, he sleeps and wakes at regular intervals and he may suck a finger or thumb. Sweet dreams, little baby!

[semalam doctor kata berat dia dah 1kg ^_^ Kedudukan masih songsang. Tapi sebab masih kecil, so insya Allah masih banyak ruang untuk bergerak dan betulkan kedudukan]

Some experts believe that babies begin to dream by the 28th week. What do they dream about? No one knows for certain but the brain is active this week as well. The characteristic grooves on the brain's surface start to appear and more brain tissue develops.

Chalk up any rhythmic movement you may be feeling to a case of the hiccups, which are common this week and throughout the pregnancy. Your baby has them but is breathing in amniotic fluid rather than air. A paper bag can't cure her hiccups, obviously, but an episode usually lasts only momentarily. The sensation for you may be strange but not unpleasant.

Since your uterus is now up near your rib cage, you may now find yourself short of breath if you haven't already. Starting now and continuing through the last three months of pregnancy, you may be plagued by leg cramps, haemorrhoids, varicose veins and an itchy abdomen. Are pregnancy discomforts getting you down? Try some natural remedies to perk you up.

If you were found to be Rh-negative earlier in pregnancy, you'll probably be tested for Rh antibodies this week or next and have an anti-D injection to combat the incompatibility. You may be offered a repeat injection at 36 weeks.

[semalam baby dapat hadiah lagi. sepasang baju Wall-E warna hijau yang comel dari pak ngah, mak ngah dan fidaa'. I wonder, kenapa suddenly semua hijau ye huhu~]

cemas

Aku cemas bila kehilangan kau
Aku cemas pada kecemasanku
[Petikan puisi bejudul 'Sajak' karya John Cornford, diterjemahkan oleh Chairil Anwar]

Pagi semalam merupakan pagi yang indah buatku. Malam sebelumnya, aku dapat berbual dengan suami di telefon. Sungguh suaranya sangat kurindui. Khabar-khabar peperiksaannya yang menggembirakan juga membuatku tersenyum bahagia tika membuka mata. Segalanya terasa begitu indah. Subuh yang indah. Dhuha yang indah. Alhamdulillah.

Pagi itu, aku mengambil sarapan sedikit lewat. Sengaja memberi laluan kepada adik-adik yang akan memulakan sesi persekolahan yang baru. Tambahan pula, perutku terasa kurang enak. Maka aku lebih memilih berehat di atas kasur menenangkan diri. Aku hanya makan ketika jam menunjukkan pukul 10 pagi.

Selesai makan, aku memandu ke IPIS untuk mengambil dokumen yang siap ditandatangani dan dicop oleh pegawai. Rencananya, pagi itu, setelah urusan dokumen selesai, aku ingin terus membeli sedikit barangan di kedai kek, kemudian ke pejabat pos untuk mengirim semua dokumen-dokumen tadi dalam perjalanan pulang.

Memanjat ke tingkat 1 (pejabat emak) terasa sungguh melelahkan. Aku termengah menunggu dokumen disiapkan.

"Letihnya mak" ujarku singkat mengadu.

"Tingkat 1 je pejabat mak ni. Takkan letih" pangkas emak cepat.

Memang pun. Normalnya, takkanlah hanya memanjat tangga ke tingkat satu sudah membuat seseorang termengah-mengah. Aku mendiam di pejabat emak sehingga semuanya selesai. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang membantu dan meninggalkan beberapa coklat sampel sebagai promosi (sempat lagi tu :p) aku bergegas ke tempat parking memandangkan urusan yang perlu diselesaikan masih banyak.

Hampir 30 minit berlegar-legar di kedai kek, semua barangan yang diperlukan sudah berada di dalam bakul. Aku hanya tinggal membayar. Lega rasanya. Dua perkara telah selesai. Masuk kembali ke kereta, perut terasa lapar. Jam menunjukkan pukul 12.30pm.

"Aku perlu makan" bisik hati kecil.

Makanya, aku memandu ke Kompleks PKNS yang terletak tidak jauh dari kedai kek. Dari jauh sudah terhidu aroma masakan panas di Cempaka Food Court. Perut pun mula memaikan iramanya. Terus aku memesan ABC dan Kuew Teow Goreng Kerang kegemaranku. Mujur, orang belum mula ramai. Tidak sampai 10 minit, ABC sudah berada di tangan. Hanya tinggal menunggu Kuew Teow siap dimasak. Aku meletakkan wang siap-siap di kaunter.

Tiba-tiba, kepala terasa berat. Aku tahu ini tanda perlu duduk dengan segera. Jika tidak, aku pasti rebah. Namun, kaki terasa tidak boleh melangkah lagi.

"Perlahan-lahan Marhamah. Duduk di atas lantai perlahan-lahan" arahku pada diri sendiri memandangkan, rasanya tidak sempat lagi untuk aku mencapai kerusi.

Aku pegang meja kaunter erat agak aku tidak rebah. Aku kuat. Aku pasti tidak rebah. Aku pasti boleh mengatasinya.

Gelap.

Lena.

Tiba-tiba terasa kaki dan tanganku menggeletar. Aku bersuara - mengeluh dengan sangat lemah. Dadaku berombak. Terus membuka mata. Ya Allah! Aku di mana? Kenapa aku begini? - sedang terbaring di atas lantai dan dikerumuni orang ramai. Dulang yang aku pegang tadi entah ke mana. Beg tanganku entah ke mana. Buku yang baru aku beli juga entah ke mana. Aku benar-benar tidak sedar apa yang telah berlaku dan telah berapa lama aku begitu. Aku benar-benar ingin menangis. Terus aku memegang perut memastikan tiada apa-apa yang terjadi kepada anak di dalam kandungan ini. Kepalaku terasa sakit yang amat.

Orang ramai mengangkat aku ke kerusi. Mujur, semuanya perempuan. Seorang wanita setengah baya segera menyedari, "Ya Allah. Mengandung ni budak ni. Pucat sangat dia ni".

Didakapnya aku erat. "Anak ni datang sorang ke?"

Aku mengangguk. Masih terkesima dengan apa yang baru terjadi. Lidah jadi kelu.

"Belajar lagi ye? Makcik hantar balik ye? Rumah kat mana?" tanyanya bimbang.

"Takpe takpe.. Saya boleh balik sendiri.." jawabku lemah.

"Anak makcik pun masih belajar. Mengandung macam anak ni la. Risaunya makcik. Minum dulu ya. Kalau tak larat, makcik boleh hantar" tawarnya sekali lagi.

Aku hanya menggeleng.

Diberinya aku air dan makanan. Aku akur aku perlu makan. Orang ramai sudah beredar. Aku bersandar di kerusi. Telefon bimbitku aku keluarkan, terus menaip mesej kepada suami yang jauh mengkhabarkan apa yang terjadi. Air mata jatuh satu per satu. Sungguh aku merasa sangat lemah dan keseorangan.

Selesai makan, aku masih merasa lemah. Serasa tidak mampu memandu pulang ke rumah, terus aku menelefon sahabat terdekat memohon pertolongannya. Alhamdulillah, dia sangat prihatin membantu. Sebelum pulang, aku berjumpa wanita yang membantu tadi mengucapkan terima kasih atas pertolongannya. Dia malah mendakapku erat dengan mata berkaca, seolah-olah ibu mendakap anaknya. Dia menasihatiku agak lebih rapi menjaga diri dan kandungan. Aku fikir, dia rindu pada anak gadisnya itu.

"Ibu yang sangat baik" bisik hati kecilku. Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan yang berlipat ganda buatnya.

Hari ini, pagi-pagi lagi jururawat datang ke rumah untuk memeriksa kesihatanku. Setelah mengkhabarkan kejadian semalam, aku disuruh ke klinik petang itu juga untuk memastikan keadaan bayi dalam kandungan.

Sebetulnya, sedari malam semalam aku menangis sendiri kerana setelah jatuh, bayiku yang kebiasaannya bermain futsal di dalam perut tiba-tiba tidak bergerak sama sekali. Aku begitu bimbang bayiku mati TT.

Abang memujuk, katanya, "Mungkin baby tidur sebab letih. Jangan fikir bukan-bukan".

Setelah pemeriksaan dilakukan, alhamdulillah, doktor memberi jaminan bahawa aku dan bayi sihat. Alhamdulillah. Ya Tuhan, begini rupanya rasa sayang ibu pada anak. Kecemasan yang tiada taranya. Syukur, Kau masih memberi anak ini peluang.

p/s : Terima kasih buat suamiku yang jauh atas segenap perhatian dan kasih sayang (sangat merindui kehadiranmu), buat Ukhti Nazihah dan Kak Rose yang membantu walau dalam kesibukan kerja, buat Dr. Ain di Jordan yang sudi menelefon beribu berbatu jauhnya (sungguh terharu) dan semua yang selalu mendoakan kesihatan aku dan bayi ini. Semoa Allah SWT mengganjari anda semua dengan sebanyak-banyak kebaikan.

Saturday, January 3, 2009

sekolah dah nak buka

Esok insya Allah, sekolah di Malaysia akan mula dibuka. Murid-murid di Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah mula ke sekolah hari ini. Pagi-pagi ini, adik-adikku yang ramai telah sibuk pulang ke asrama. Naufal akan start semester terakhir di INTEC sebelum berangkat ke UK dalam bulan Sepetember tahun hadapan (ameen..). Hanifah masih ada setahun berbaki di Maahad Tahfiz. yang mungkin agak excited dengan kehidupan baru adalah Anas.

Tahun ini, Anas akan menginjak kaki ke sekolah menengah. Berasrama lagi huhu -_-. pagi tadi ketika bersarapan, aku lihat baldi barunya, selipar baru dan macam-macam lagilah barang-barang baru bersusun di ruang tamu. Moga-moga yang baru-baru itu mem'baru'kan juga semangat untuk mula menghafaz Al-Quran ye Anas. Ingat tadi nak hadiahkan coklat sorang satu dengan ucapan rajin-rajin belajar, tapi sebab badan tak berapa kuat kebelakangan ini, maka selesai sarapan terus baring semula di katil. Sedar-sedar, rumah telah kembali sunyi.

Begitulah putaran hidup. Adik beradikku yang sembilan ini telah besar semuanya. Seramai-ramai penghuni rumah, akhirnya yang tinggal hanya yam, aku, loh dan usamah. Yam pun mungkin tak boleh masuk korum sebab selalu sibuk dan akan mula sambung Masternya yang tertangguh.

Hurm.. terasa juga ketiadaan Anas. Ah, aku yang kakak ini terasa, apatah lagi si kecil Usamah. Mereka berdua memang kamcheng. Walaupun si kecil itu selalu dibuli Anas, tetapi tidak pulak dia mengeluh. Selalunya, kalau aku mengajak Usamah keluar atau dibelikan sesuatu, dia pasti bertanya, "Anas?". Dan kalau tiada bahagian Anas, dia mula akan susah hati. Jadi nak tak nak, kena la keluarkan duit lebih -_-.

Mungkin seperti itu kan apa yang dikatakan Nabi SAW, "Ummat islam itu seperti satu badan. Jika sakit satu anggota, maka yang lainnya akan turut merasa sakit". Merasa susah apaila kita menikmati sesuatu tetapi ummat islam lainnya sedang sengsara. Merasa tidak senang kita sekiranya sesuatu kebahagiaan tidak dapat dikongsi bersama. Ah, alangkah jauhnya aku dari menjadi seperti apa yang disabdakan. -_- Sungguh aku malu..

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin dan di mana sahaja. Kurniakanlah mereka kekuatan semangat dan keluasan rezeqi. Dan kurniakanlah kami hati yang lembut agar kami selalu istiqamah mendoakan, mengingati dan merasa kesakitan mereka. TT

it's 26 weeks already!


Measuring your baby from top to toe with his legs extended, he is about 14 inches/ 35.6 centimetres. He weighs a little more than 1.6 pounds/ 760 grams. He also continues to take small breaths and although he's only breathing in water and not air, it's still good practice for when he's born.

Your baby's eyes begin to open around now. Response to sound grows more consistent toward the end of the seventh month, when the network of nerves to the ear is complete. If dad talks to him now, he might learn to recognise his voice. The more he hears it, the more likely he is to find it soothing after he's born. If he feels strange just talking to the baby, he can read the newspaper or a book out loud.

Since your baby is now growing so fast, and brain development is so intense at this stage, your nutrition is very important. Continue to eat a well-balanced diet that includes plenty of grains and vegetables. Fibre-rich foods, including whole-grain breads and cereals, lentils and brown rice are high in vitamin B and help fend off constipation.
----------------------------------------------

Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah hampir 6 bulan setengah aku mengandung. Masih ingat, ketika awal disahkan mengandung, pelbagai perasaan menyerang. Ada gembira, ada cemas, ada rasa ingin tahu, ada runsing dan macam-macam lagi. Sebelum ini, kami begitu bimbang, dengan keadaan ekonomi keluarga sekarang, apa kami mampu membesarkan bayi ini. Namun, akhirnya semuanya tenggelam dalam tawakkal bahawa setiap yang dijadikan itu telah tertulis rezeqinya masing-masing.

Jika difikirkan dengan akal waras manusia, bagaimana hebatnya Allah SWT menjadikan bayi di dalam kandungan yang tiada daya apapun mampu HIDUP 40 minggu di dalam perut ibunya. Subahanallah! Padahal tiada tangan yang menyuapnya makan, bernafas saja di dalam air. Tetapi dengan kurnia kasih sayang dan ke'maha-hebat'an Allah SWT dijadikan sebuat sistem yang sebegitu sempurna sekali - yang pasti tiada mungkin untuk manusia memikirkan apatah lagi membuat yang sepersis itu.

Maka apa yang dibimbangkan. Jatah rezeqi itu di tangan Allah SWT. Kita manusia tinggal menjemputnya - kata Pak Aagym dalam satu kuliyyah yang pernah aku ikuti selama berwisata di Bandung dahulu.

Sungguh benar firman Allah SWT di dalam kalamNya yang suci :
Fabi ayyi aalai rabbikuma tukazzibaan..
"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan.."

Wednesday, December 31, 2008

finally -_-


alhamdulillah..akhirnya siap juga. -_-! fuh~ lega, penat, gembira, stress..semuanya bercampur baur..macam ada benda tersekat - menyesak di dada. setelah bekerja keras beberapa hari ni rasa tak mo pk dah benda2 coklat ni! -_- need some rest before start working on it again.

tak lupa terima kasih kepada semua yang telah bagi idea ^_^ really appriciate em all. but then, after a long syura with my hubby, we decide to just put my name hehe. kami bincang panjang pro dan cons beberapa nama. akhirnya, my hubby said, why not just put your name. ~_~ hurm..mula2 rasa tak bestnya nama aku. tapi lepas tu teringat satu kisah.

dulu, time nak cari nama anak, i suggested a lot of nama tokoh yang berkenan di hati. then abang tanya, kenapa mesti nama tokoh? i said, sebab macam hebat. abang kata, tu namanya menumpang kehebatan orang terdahulu. kita boleh bagi nama apa saja asal maksudnya baik, dan anak kita akan menghebatkan dan memasyhurkan nama tu.

so, finally i decided to put my name as the brand. mungkin sekarang nama tu belum nampak exquisite, exclusive dan lain2. tapi as the time goes, if i successfully manage my brand, nama tu akan melambangkan semua yang aku inginkan pada saat ini.

so, kepada semua pengunjung dan penggemar coklat, jemputlah ke blog yang baru dilaunch ni. mars-choc.blogspot.com jemput order, komen dan apa-apa sajalah. sebagai tanda sokongan, apa kata anda link kan juga blog ni ke blog anda? ~_^

enjoy the chocolates ya!

(p/s : blognya masih macam hampeh sebab kepala tengah tepu dengan macam-macam hal. will be upgraded from time to time insha Allah)